Hari Kiamat
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Terdapat tujuh (7)
golongan yang mendapat Naungan (perlindungan) Allah SWT di Hari Kiamat
kelak. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu
‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ،
اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ
مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا
عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ،
وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى
لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ
خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)
“Ada tujuh golongan
manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada
hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang
pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى,
(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling
mencintai kerana Allah سبحانه
وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki
yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil
berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan
menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan
oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala
sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)
.
.
Huraian Hadis
.
[Q1] Naungan Allah سبحانه وتعالى ini dapat diertikan secara sebenarnya
iaitu naungan dari ‘arasy Tuhannya, tetapi dapat juga ditafsirkan sebagai
kinayah iaitu dalam lindungan Allah
سبحانه وتعالى dan ditempatkan di tempat yang
dimuliakan.
[Q2] Meleleh air matanya, maksudnya
ialah kerana ingatannya memusat betul-betul kepada Allah سبحانه وتعالى,
berasa banyak dosa yang dilakukan, juga kerana ia amat rindu untuk segera
bertemu denganNya dalam keadaan diredhai olehNya
Penjelasan lanjutnya
adalah sebagai berikut.:
.
1. Pemimpin Yang Adil
Pemimpin di sini termasuk Ketua
Negara, Presiden, Gabenor, Ketua Daerah, ketua pejabat, penghulu, ketua rumah
tangga (suami) atau ketua pelajar. Kerana setiap kita adalah pemimpin dan
setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan oleh Allah سبحانه
وتعالى kelak. Untuk itu,
seorang pemimpin perlu bertindak adil sehingga semua orang yang dipimpinya
boleh merasakan perkhidmatan yang maksimum dan menegakkan peruntukan
undang-undang yang sebenar.
.
.
2. Pemuda Yang Membesar Dalam Ketaatan
(Ibadah)
Masa muda adalah masa di mana syahwat
sedang memuncak sehingga tidak kurang ramai pemuda yang terjerumus dalam
kemaksiatan. Hanya pemuda yang mampu mengisi hari-harinya dengan ibadah
sahajalah yang terselamat di hari kiamat. Sebagaimana kisah ‘Ashabul Kahfi’ (Para
pemuda Kahfi) yang mengelakkan kezaliman penguasa untuk menyelamatkan aqidah
mereka.
.
.
3. Seorang Yang Hatinya Terikat Dengan
Masjid
Orang yang tidak akan terlepas setiap
peluang untuk memakmurkan masjid dengan ibadah dan amal-amal soleh secara
istiqamah, terutama solat fardhu berjemaah. Hatinya selalu ‘risau dan resah’
apabila jauh dari masjid, dan berasa sedih bila tak boleh mendatanginya di
waktu-waktu solat berjemaah dan ketika majlis diadakan.
.
.
4. Dua Orang Yang Saling Mencintai
Kerana Allah سبحانه
وتعالى, Berkumpul Dan Berpisah Kerana Allah سبحانه وتعالى.
Tingkatan hubungan keimanan tertinggi
adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. Bila dua orang saling
mencintai kerana masing-masing selalu menjaga kecintaannya pada Allah سبحانه وتعالى,
bertemu dalam rangka mengingat Allah سبحانه
وتعالى dan berpisah
dengan tetap dalam zikir pada Allah سبحانه
وتعالى maka keduanya akan
selamat di hari kiamat.
.
.
5. Seorang Lelaki Yang Diajak Berzina
Oleh Seorang Perempuan Kaya Dan Cantik Tetapi Ia Menolak Dan Berkata, “Aku
Takut Pada Allah سبحانه
وتعالى.”
Sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. yang
digoda oleh Zulaikha, keduanya saling cenderung sehingga jika bukan kerana
petanda dari Allah سبحانه
وتعالى, maka keduanya akan melakukan maksiat sehingga Yusuf a.s.
berkata, “Ya Allah! Lebih baik hamba dipenjara daripada melakukan maksiat
kepadamu.” Suatu peristiwa yang mungkin pada masa ini sangat jarang
berlaku dan sukar ditemui.
.
.
6. Seseorang Yang Bersedekah Dengan
Sembunyi-Sembunyi Sehingga Tangan Kiri Tidak Tahu Apa Yang Diberikan Oleh
Tangan Kanan.
Amal yang disertai dengan sepenuh
keikhlasan adalah salah satu syarat diterimanya amal kebajikan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Keikhlasan adalah perkara yang sukar dan oleh kerana itulah hanya orang-orang
yang ikhlas sahaja yang tidak akan dipesongkan dan disesatkan oleh syaitan
laknatullah.
.
.
7. Seseorang Yang Berzikir Kepada
Allah Dalam Kesunyian Sehingga Menitiskan Air Mata.
Zikir bagi orang beriman ibarat nafas
bagi setiap makhluk yang hidup. Ketika seseorang tidak leka dan terlepas
daripada zikir sama ada di waktu siang mahupun di malam hari, maka ia
seolah-olah makhluk hidup yang sentiasa boleh bernafas bebas. Mengingati Allah سبحانه وتعالى sehingga menitiskan air mata adalah
sesuatu yang amat sukar, kecuali bagi insan-insan yang hatinya telah lembut
oleh hidayah Allah سبحانه
وتعالى. Sebagaimana ciri orang beriman, ketika mendengar kalimat Allah
سبحانه وتعالى,
maka bergetarlah hatinya dan ketika mendengar Al-Quran dan maka bertambah
teballah keimanan mereka.
.
Sebagai seorang hamba yang masih
dipinjamkan hayat di dunia ini. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dan hikmah
dari huraian hadis di atas. Dan diharapkan semoga kita termasuk dan menjadi
salah seorang daripada 7 golongan yang
mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى di Hari Qiamat
kelak, kerana hanya dengan naungan Allah سبحانه
وتعالى sahaja yang kita
dambakan dan boleh selamatkan diri kita daripada kepedihan hari pembalasan.
Aamiiin Yaa Robbil Alamiiin!
Comments
Post a Comment